Samsung Dilapor Ingin Melabur Pada Syarikat AI – Mistral
Aman
Samsung kini dilaporkan dalam perbincangan untuk melabur ratusan juta Ringgit pada syarikat kecerdasan buatan janaan yang berpusat di Eropah, iaitu Mistral. Jumlah penuh yang akan dilabur tidak diketahui lagi, tetapi ia dikatakan mungkin mencapai sehingga €1 bilion pada syarikat berkenaan.
Mistral merupakan syarikat kecerdasan buatan berpusat di Eropah, dan turut digunakan oleh beberapa firma di benua tersebut, termasuk membekalkan penawaran mereka kepada ketenteraan Perancis. Mistral juga sering diposisikan sebagai alternatif kepada teknologi Amerika, yang kini dilihat dihadkan penggunaannya, dan terdapat usaha untuk mengehadkan penggunaan untuk rakyat Amerika sahaja, sekaligus membuatkan pelbagai negara membangunkan penawaran alternatif mereka.
Pelaburan Samsung ini dijangka merupakan sebahagian daripada suntikan dana pelaburan baharu yang sedang diraih oleh Mistral, menilaikan syarikat berkenaan sekitar €20 bilion.
Buat masa ini, Samsung dan Mistral tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan pelaburan ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.