Meta Bereksperimen Dengan Aplikasi Menjana Cerita Kanak-Kanak Dinamakan StoryKit
Aman
Meta kini memperkenalkan sebuah aplikasi dinamakan StoryKit untuk pengguna di Mexico. Aplikasi ini diuji secara terhad, ditujukan kepada para ibubapa untuk menggunakannya dalam menjana cerita kanak-kanak untuk dibaca.

Melalui aplikasi berkenaan, pengguna boleh meminta ia menjana berkenaan sesuatu kisah, dan ia secara automatik akan menjana ilustrasi, cerita, audio dan juga muzik latar untuknya. Aplikasi ini turut boleh menghasilkan cerita yang dijana berkenaan dalam bentuk PDF untuk dicetak pengguna.
Meta dilihat lebih kepada memperlihatkan keupayaan model kecerdasan buatan mereka melalui model ini. Selain Meta, Google juga turut mempunyai penawaran mereka tersendiri dinamakan Gemini StoryBook.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.