Google Gemini Kini Mempunyai 950 Juta Pengguna Aktif Bulanan
Effi Saharudin
Google Gemini kini mempunyai lebih 950 juta pengguna aktif bulanan (MAU). Ini didedahkan dalam laporan kewangan terkini Alphabet semalam dengan ini adalah peningkatan daripada 750 juta MAU yang diumumkan pada Q4 2025 dan 900 juta MAU di Google I/O Mei lalu.

Peningkatan jumlah pengguna walau bagaimanapun semakin mendatar. Antara Februari hingga Mei 2026, 150 juta pengguna ditambah tetapi dua bulan selepas itu hanya 50 juta pengguna ditambah.
Pertumbuhan pengguna yang semakin landai adalah isu yang turut dihadapi oleh perkhidmatan kecerdasan buatan lain seperti ChatGPT dan Grok. Jumlah pengguna meningkat seketika selepas model bahari dilancarkan tetapi kemudian berkurangan kerana model syarikat lain yang lebih baik dilancarkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.