Alibaba Sedang Membangunkan Penawaran AI Untuk Penggunaan Tugasan Pejabat – Qwen Office
Aman
Alibaba sedia menawarkan Qwen kepada orang ramai, iaitu model kecerdasan buatan mereka tersendiri, yang boleh menjawab pelbagai persoalan, dan membantu dalam sejumlah tugasan. Tidak setakat itu, kini Alibaba dilaporkan turut sedang menguji penawaran produk mereka untuk pengguna perusahaan.

Dinamakan Qwen Office, ia lebih disasarkan dalam mengintegrasi AI kepada gerak kerja dalam tugasan pejabat, sekaligus meningkatkan lagi kadar produktiviti pekerja. Untuk tujuan ini, Alibaba dikatakan sedang mendapatkan tenaga kerja yang terdiri daripada jurutera, pengurus dan lain-lain.
Qwen Office dijangka akan beroperasi berasingan berbanding dengan produk perusahaan lain yang ditawarkan dibawah DingTalk. Pihak Alibaba masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan Qwen Office ini buat masa ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.