OneUI 9 Mengunci Peranti Selama-Lamanya Sekiranya Kata Kunci Gagal Diteka 13 Kali
Effi Saharudin
Privasi ialah isu utama pemilik peranti pintar kerana semua sejarah hidup, aktiviti harian, perbankan dan pelbagai lagi akses utiliti dilakukan menggunakannya. Kita tidak mahu data peribadi diakses. tanpa kebenaran oleh sesiapa sahaja. Dengan One UI 9 yang berasaskan Android 17, Samsung memperketatkan lagi sistem keselamatan peranti bagi mengelakkan data pengguna diakses tanpa kebenaran

Dengan sistem baharu, peranti akan terkunci selama-lamanya jika kata laluan gagal diteka sebanyak 13 kali. Satu-satunya cara untuk kembali menggunakan peranti ialah melakukan tetapan semula ataupun reset menerusi Recovery Mode. Semua data tidak lagi boleh diakses oleh sesiapa.
Pengguna dibenarkan meneka kata laluan peranti sebanyak 4 kali tanpa menunggu. Apabila gagal kali ke-5, masa menunggu 1 minit dikenakan. Kemudian masa menunggu akan semakin meningkat. Pada percubaan ke-12, peranti dikunci selama 24 jam.
| Jumlah Percubaan Gagal | Masa Menugggu |
| 5 percubaan | 1 minit |
| 6 percubaan | 5 minit |
| 7 percubaan | 15 minit |
| 8 percubaan | 30 minit |
| 9 percubaan | 90 minit |
| 10 percubaan | 4 jam |
| 11 percubaan | 12 jam |
| 12 percubaan | 24 jam |
Mengapa ciri ini diperkenalkan? Kerana wujudnya perkakasan digunakan pihak berkuasa yang boleh melakukan proses meneka kata laluan berkali-kali secara automatik. Ia dikeluarkan firma seperti Cellebrite. Dengan had meneka selama 12 kali sahaja, data peranti tidak boleh diakses kecuali oleh pemilik walaupun ia jatuh ke tangan pihak berkuasa.
One UI 9 pada waktu ini telah digunakan pada Samsung Galaxy Z Fold8, Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra dan Samsung Galaxy Z Flip8.
Sumber – Samsung