Domain .Web Akan Ditawarkan Penghujung Tahun Ini
Effi Saharudin
Doman .web akhirnya akan ditawarkan secara rasmi kepada pemilik laman menjelang penghujung tahun. Hak menawarkan domain aras atas umum (gTLD) .web diberikan kepada Verisign selepas perbalahan yang berlarutan sejak 2016 selepas di dilelong oleh Perbadanan Internet untuk Nama dan Nombor Yang Ditugaskan (ICANN) pada harga $135 juta. Selain hak menjual .web, Verisign juga memegang hak menjual .com dan .net kepada pelanggan.

Walaupun terma web telah diperkenalkan sejak 1993 menerus pelancaran internet, ia mengambil masa 33 tahun untuk ditawarkan sebagai antara gTLD. Ia juga bukan antara 7 gTLD yang terawal dicadangkan pada tahun 1984 seiring dengan .com, .edu, .gov, .mil, and .org, dan .net.
Ironi di sini ialah domain .web ditawarkan pada ketika jutaan laman web diancam kepupusan oleh kecerdasan buatan (AI). Trafik oleh pengikis kandungan web, bot dan ejen AI kini adalah lebih daripada trafik manusia. Ramalan “teori internet mati” telahpun menjadi kenyataan.
Sumber – Verisign