China Memulakan Pengeluaran Mesin DUV Buatan Tempatan
Effi Saharudin
China sudah memulakan pengeluaran penuh mesin penghasilan cip menggunakan teknologi DUV rekaan tempatan sepenuhnya menurut laporan The Information. Ia dikeluarkan oleh sebuah syarikat milik negara yang tidak dinamakan tetapi China menggunakan kepakaran beberapa syarikat tempatan untuk mula memecahkan monopoli pengeluaran mesin DUV yang dipegang oleh ASML.
Tiga mesin DUV terawal dihasilkan akan diberikan kepada SMIC, Hua Hong, dan CXMT tahun ini. Sebanyak 5 mesin disasarkan akan dikeluarkan dengan pengeluaran kemudiannya meningkat ke lebih 20 mesin pada tahun 2027.

Sekatan teknologi oleh Amerika Syarikat menyebabkan China membangunkan mesin rekaan tempatan sepenuhnya. Mesin DUV ialah teknologi lama yang boleh mengeluarkan cip sehingga 7nm yang jauh di belakang 2nm yang sudah dikeluarkan sejak tahun lalu.
Ini adalah langkah pertama China untuk mempunyai ekosistem semikonduktor tempatan yang tidak lagi bergantung kepada keperluan mengimport mesin ASML. Pada waktu ini ASML memegang 98.7% pasaran mesin DUV dan 100% pasaran mesin NA EUV.
Langkah seterusnya bagi China ia memperhalusi teknologi DUV tempatan sebelum membina pula mesin EUV. Disember ahun lalu China dilaporkan sudah membina prototaip mesin EUV tempatan di sebuah lokasi rahsia di Shenzen. Sasaran China ia mesin mula beroperasi 2028 dengan pengeluaran skala besar menjelang 2030.