X Money Dilancarkan Secara Rasmi
Effi Saharudin
Antara rancangan awal Elon Musk selepas membeli Twitter ialah menjadikannya platform aplikasi super seperti WeChat. Hari ini, akhirnya X Money dilancarkan untuk pelanggan X Premium dan X Premium+ di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Ia dilancarkan sekitar 3 bulan selepas ujian dimulakan tahun ini.

Dengan X Money, X memasuki arena perbankan digital. Ia menyediakan akaun deposit, sokongan pembayaran sokongan P2P, dan kad debit Visa dalam aplikasi X. Visa dan X mengumumkan kerjasama mereka pada Januari tahun lalu. Pemegang akaun X Money boleh menghantar, menerima, atau meminta wang tanpa yuran atau had .
Pelanggan Premium+ akan menerusi pulangan kadar faedah 6% setahun sementara sebarang pembelian menggunakan X Card akan menerima pulangan tunai 3%. X Card boleh digunakan dalam versi kad digital atau kad fizikal.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.