Windows 11 Akan Dioptimasi Untuk Dijalankan Pada PC Dengan 8GB RAM
Effi Saharudin
Dua puluh lapan tahun lalu, PC pertama saya mempunyai 65MB SDRAM yang adalah terbaik untuk gaming. Sejak beberapa tahun lalu, untuk menjalankan Windows 11, 16GB RAM dianggap paling minima untuk menjanjikan kelancaran. Tetapi krisis RAM semasa menyebabkan kekurangan bekalan memori dan PC dengan 8GB RAM kembali memenuhi pasaran.

Windows 11 masih boleh dijalankan dengan 8GB RAM tetapi akan mula tersekat-sekat apabila banyak aplikasi dibuka. Dengan isu RAM hanya dijangka selesai paling awal 2028, Microsoft telah mengumumkan komitmen untuk mengoptimasikan WIndows 11 pada PC dengan 8GB RAM sahaja.
Antara cara ini akan dilalukan belum lagi diperincikan. Mereka sekadar berkata optimasi WIndows 11 akan diberikan menjelang penghujung tahun ini. Antara yang sedang dilakukan ialah membuang ciri Copilot di beberapa aplikasi natif WIndows 11. Seterusnya antaramuka akan diubah menggunakan WinUI baharu menggantikan WebView2 yang menggunakan jumlah RAM yang tinggi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.