Amazon Menjadi Syarikat Kelima Dengan Nilai Pasaran Mencapai $3 Trilion
Aman
Amazon, syarikat yang terkenal dengan penawaran edagang, hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila lonjakan dagangan saham membawa kepada nilai pasaran syarikat tersebut mencapai $3 trilion. Ini sekaligus menjadikan Amazon syarikat kelima mencapai nilai pasaran berkenaan, selain NVIDIA, Google, Apple, dan juga Microsoft.

Peningkatan nilai saham Amazon ini dilihat disebabkan oleh kecerdasan buatan janaan, di bawah penawaran perkomputeran awan mereka, selain sejumlah pelaburan Amazon dalam arena berkenaan. Amazon turut mempunyai perjanjian kerjasama dengan OpenAI, Meta dan Anthropic.
Amazon turut dikatakan dalam posisi yang baik dipasaran, termasuk menerajui arena edagang, dan dalam posisi baik untuk penawaran kecerdasan buatan untuk perusahaan dan syarikat lain.
Sebelum ini, Amazon telah mencapai nilai pasaran $2 trilion pada Jun 2024 yang lepas, dan ia mengambil hampir dua tahun untuk menambah nilai syarikat menjadi $3 trilion.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.