Cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series Dilancarkan
Effi Saharudin
Qualcomm memperkenalkan Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series iaitu cip mercu yang terletak di antara Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan Snapdragon 8 Gen 5. Ia adalah cip yang sama dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 tetapi dengan GPU yang dikurangkan kuasanya.

Snapdragon 8 Gen 5 Elite V Series dihasilkan menerusi teknologi 3nm serta hadir dengan lapan CPU Oryon – 2 CPU prestasi tinggi 4.6 GHz dan 6 CPU prestasi 3.62 GHz. Ini dipadankan dengan GPU dua potongan pada kelajuan 1.2GHz. Ini berkurangan daripada 3 yang digunakan pada 8 Elite Gen 5.
Dari segi paparan, Snapdragon 8 Gen 5 menyokong resolusi sehingga 4K 120Hz, memori LPDDR5X, storan dan UFS 4.1. Kamera yang disokong adalah sehingga 320MP atau tiga kamera 48MP. Disamping itu terdapat sokongan 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0 dan Qualcomm Quick Charge 5. Peranti pertama yang menggunakan Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series ialah Redmi K100 Pro yang akan dilancarkan minggu depan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.