Disney Umum Kerjasama Dengan TikTok – Untuk Bawa Kandungan Video Menegak Ke Disney+
Aman
Disney hari ini mengumumkan kerjasama global bersama TikTok, dimana melaluinya mereka menyasarkan untuk membawa kandungan video menegak terus ke platform penstriman mereka, Disney+.
Dibawah kerjasama ini, pengguna TikTok boleh menghasilkan kandungan yang berkait atau berpautan dengan watak-watak Disney seperti dari siri Marvel, Star Wars, Pixar dan sebagainya, dan kandungan tersebut bukan sahaja akan diterbitkan di TikTok, tetapi turut dipaparkan di Disney+.
Disney menamakan ciri video menegak dibawah Disney+ ini sebagai Verts. Dengan langkah ini juga, Disney menyelesaikan masalah sukar untuk mencari kandungan, sekaligus membolehkan mereka mengintegrasikan kandungan janaan pengguna dengan mudah terus ke platform penstriman video mereka.
Selain Disney, beberapa platform penstriman telah mula mengintegrasikan sokongan video menegak, dan paling terbaru adalah HBO. Disney menyasarkan memperkenalkan penawaran mereka ini dalam masa beberapa bulan lagi, bermula di Amerika Syarikat sebelum diperluaskan secara global.
Sebelum ini, Disney umum kerjasama dengan OpenAI untuk membolehkan pengguna menggunakan watak Disney untuk menjana video. Namun, perkara berkenaan dibatalkan sepenuhnya selepas OpenAI menamatkan produk penjana video, Sora mereka. Ketika itu, Disney turut berhasrat melabur sehingga $1 bilion pada OpenAI – namun, hal berkenaan dibatalkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.