Meta Perkenal Ejen Pengaturcaraan AI Tersendiri, Muse Code
Meta hari ini memperkenalkan Muse Code, iaitu sokongan ejen pengaturcaraan mereka tersendiri yang dikuasakan oleh model Muse Spark 1.2, sekaligus membolehkan pembangun dan pengguna menggunakannya bersama terminal untuk tujuan pengaturcaraan dan pembangunan aplikasi atau web.
Ini sekaligus memposisikan Muse Code sebagai salah satu alternatif untuk Claude Code dan juga ChatGPT Codex. Untuk pembangun pula, ia memberikan lebih pilihan model berbeza untuk tujuan pembangunan dan pengaturcaraan.
Meta turut menekankan kepada kos lebih rendah dalam pembangunan, dimana Muse Spark mengenakan caj sebanyak $1.25 untuk satu juta token input, dan $4.25 untuk satu juta token output.
Dengan pengenalan Muse Code ini, mungkin dalam sehari dua ini kita melihat penggunaannya dan maklumbalas awal berkenaan penggunaannya. Bagi anda yang berminat, turut boleh mencuba Muse Code hari ini di macOS atau Linux dengan menggunakan arahan
curl -fsSL https://dev.meta.ai/install.sh | bash
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.