GMail Akan Menamatkan Sokongan Untuk Menghantar Emel Menggunakan Alamat Emel Pihak Ketiga
Aman
Google kini mula memaklumkan pengguna menyatakan bermula Januari 2027 kelak, GMail akan menamatkan sokongan “Send as”, yang membolehkan pengguna menggunakan alamat emel pihak ketiga dalam menghantar emel daripada GMail.
Sebelum ini, ramai menggunakan GMail untuk menguruskan pelbagai alamat emel berbeza, dimana anda boleh menerima emel dan turut menghantar menggunakan alamat berkenaan dengan mudah. Ia menyokong alamat emel @yahoo, @outlook, dan juga alamat emel berasaskan domain pengguna sendiri. GMail menyokong sehingga 99 alamat emel berbeza dibawah ciri ini.

Namun, Google kini dilihat akan menamatkan sokongan berkenaan, dan membuatkan orang ramai tidak lagi boleh menghantar emel menggunakan alamat emel pihak ketiga.
Dengan perubahan ini, sekiranya anda menggunakan ciri “Send as” ini, mungkin anda perlu melihat kepada alternatif menggunakan perkhidmatan pengurusan klien emel yang lain, atau melihat kepada perkhidmatan berbayar dibawah Google Workspace.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.