Redmi 17 Kini Di Malaysia – Versi 4G Pada Harga RM699, Versi 5G Bermula RM799
Xiaomi Malaysia kini telah mula menyenaraikan penawaran telefon bajet terbaru dibawah siri Redmi, iaitu Redmi 17. Sebanyak dua versi ditawarkan, iaitu versi dengan sokongan rangkaian 4G, atau dengan rangkaian 5G.

Redmi 17 4G hadir dengan skrin 6.9-inci, dikuasakan cip Helio G91-Ultra, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Ia dikuasakan bateri 7500mAh dengan pengecasan pantas 45W. Untuk rakaman gambar, ia Redmi 17 4G menyertakan dwi-kamera 50MP pada bahagian belakang. Telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan bicu audio 3.5mm.
Redmi 17 5G pula hadir dengan skrin 6.9-inci, dikuasakan cip Snapdragon 4 Gen 5 dengan 5G, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Redmi 17 5G juga turut hadir dengan bateri 7500mAh dan sokongan pengecasan 45W. Seperti versi 4G juga, versi 5G turut menggunakan dwi-kamera 50MP pada bahagian belakang.
Kedua-dua telefon juga turut menyertakan sokongan lampu RGB pada bahagian belakang untuk memudahkan anda melihat notifikasi dan ciri lain.

Disamping itu, untuk versi 5G juga, Xiaomi turut menyertakan sebuah ciri tambahan dinamakan Xiaomi HyperIsland yang memaparkan notifikasi pada bahagian kamera hadapan. Namun, ia berfungsi dengan beberapa aplikasi dan tetapan terpilih sahaja.

Berikut merupakan harga jualan Redmi 17 di Malaysia: