Virus Baharu Telah Dicipta Dengan Bantuan AI
Effi Saharudin
Bukan lalu saintis OpenAI mengumumkan model kecerdasan buatan (AI) mereka boleh digunakan untuk menghasilkan senjata biologi. Berhadapan risiko ia disalahgunakan, OpenAI mengatakan model AI telah diubahsuai dengan pelbagai halangan mengelakkan senjata dihasilkan. Minggu ini penyelidik daripada Arc Institute di California melaporkan kejayaan mereka menghasilkan virus baharu menggunakan bantuan AI.

Model AI yang diberi nama Evo telah diarahkan mencipta virus baharu berdasarkan beberapa parameter yang diberikan. Beberapa virus telah dijana dan salah satu daripadanya didapati boleh menjangkiti bakteria apabila diuji di dalam makmal dengan ia kemudiannya merebak.
Ini bukanlah kali pertama virus baharu dicipta oleh manusia. Kemampuan mencipta virus baharu oleh saintis sudah lama boleh dilakukan. Tetapi ini kali pertama virus dicipta menggunakan sebuah AI. Bagi orang ramai mereka tidak perlu panik kerana virus yang dicipta hanya direka untuk menjangkiti bakteria dan bukannya manusia. Tiada risiko insiden Racoon City Resident Evil menjadi realiti di sini.
Kertas kajian telah diterbitkan dalam jurnal Science.