Nintendo Switch 2 Sudah Terjual 23.68 Juta Unit
Effi Saharudin
Nintendo menerbitkan laporan kewangan untuk A2 2026 yang mengesahkan setakat ini 23.68 juta unit konsol Switch 2 telah terjual setakat ini. Switch 2 secara rasmi menjadi konsol paling pantas jualannya dalam sejarah Nintendo. Angka ini dicapai dalam masa 13 bulan sejak dilancarkan.

Sebagai perbandingan, rekod sebelum ini dipegang oleh Nintendo Wii dengan 20.13 juta unit dalam tempoh yang sama. Switch asal pula mencatatkan jualan 17.79 juta unit dalam tempoh yang sama. Dengan pengumuman ini, Switch 2 kini di tangga ke-22 konsol dengan jualan tertinggi dalam sejarah.
Di tangga teratas masih lagi PlayStation 2 dengan lebih 160 juta unit diikuti oleh Switch (156.59 juta), Nintendo DS (154.02 juta), Nintendo Game Boy (118.69 juta) dan PlayStation 4 (117.2 juta). Walaupun Switch 2 ialah konsol paling pisang goreng panas Nintendo, jualan dijangka akan mula perlahan disebabkan peningkatan harga bermula September dan kekurangan stok disebabkan oleh krisis RAM global.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.