ASUS ExpertBook P3 G1, P5 G1 Dan PM5 G1 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM4,799
Amy Maizuraa
ASUS memperkenalkan tiga model baharu siri ExpertBook di Malaysia iaitu P3 G1, P5 G1 dan PM5 G2. Kesemua model ini dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan ruang kerja moden dengan gabungan prestasi tinggi, keselamatan menyeluruh serta ketahanan yang terjamin.

ExpertBook P3 G1 menggunakan paparan 14 inci WUXGA dengan nisbah 16:10 menggunakan panel Value-IPS yang memberikan sudut pandangan luas, bebas silau dan kecerahan sehingga 300 nits. Ini dipadankan dengan pilihan CPU Intel Core Ultra 7 Processor 255H atau Intel Core Ultra 5 Processor 225H, yang digabungkan dengan Intel AI Boost NPU sehingga 13 TOPS, GPU Intel Graphics/Arc serta memori 16GB DDR5 RAM. Sokongan storan sehingga 6TB disediakan untuk memberi kebebasan penuh kepada pengguna menyesuaikan kapasiti mengikut keperluan. Dari segi sambungan, ia dilengkapi dengan Thunderbolt 4, USB-C Gen 2, HDMI 2.1 dan RJ45 untuk memberi pengalaman penggunaan menyeluruh dalam pelbagai senario kerja moden.

ExpertBook P5 G1 menawarkan paparan OLED sama ada 14 inci atau 16 inci WUXGA dengan nisbah 16:10 dan kecerahan sehingga 300 nits. Ia dipadankan dengan CPU Intel Core Ultra 7 Processor 255H bersama Intel AI Boost NPU sehingga 13 TOPS serta GPU Intel Graphics. Model ini turut dilengkapi kamera 5MP dengan sokongan IR untuk Windows Hello dan penutup privasi terbina. Dari segi memori, ia hadir dengan 32GB DDR5 yang boleh dinaik taraf sehingga 64GB, manakala storan dalaman bermula dengan 512GB SSD PCIe 4.0. Plilihan I/O merangkumi Thunderbolt 4, USB-C Gen 2, USB-A, RJ45 Gigabit Ethernet dan HDMI 2.1.

ExpertBook PM5 G2 hadir dengan dua pilihan paparan OLED nirsentuh iaitu 14 inci dengan liputan warna DCI-P3 100% dan 16 inci dengan liputan warna DCI-P3 95%. Ia juga menawarkan dua pilihan CPU iaitu AMD Ryzen AI 7 445 atau AMD Ryzen AI 9 HX 470, bersama GPU AMD Radeon 840M atau 890M. Komputer riba ini menggunakan bateri 79Wh, memori 32GB DDR5 yang boleh dinaik taraf sehingga 64GB serta storan dalaman 1TB SSD PCIe 4.0. Dari segi sambungan, ia menyediakan USB 4.0 Type-C, USB-C Gen 2, USB-A, RJ45 Gigabit Ethernet, HDMI 2.1 dan bicu audio kombo 3.5mm.

Kesemua model dalam siri ExpertBook baharu ini hadir dengan Windows 11 Home sebagai sistem operasi asas. Untuk kegunaan perniagaan, ASUS menyarankan Windows 11 Pro kerana ia menawarkan fungsi keselamatan dan pengurusan yang lebih menyeluruh. Harga jualan di Malaysia seperti berikut:
- ExpertBook P3 G1 – bermula RM4,799
- ExpertBook P5 G1 – bermula RM7,999
- ExpertBook PM5 G2 – bermula RM9,399
Kesemua model turut dilengkapi dengan ASUS Business Advantage, yang merangkumi jaminan di lokasi sehingga tiga tahun, perlindungan ASUS LADP selama setahun bernilai RM350 bagi kerosakan tidak sengaja seperti terjatuh, tumpahan cecair dan lonjakan elektrik, langganan McAfee Security selama 3 tahun serta VPN percuma selama setahun bernilai sehingga RM2,578.