X Menamatkan Program “Creator Revenue Sharing”
Aman
X kini mengumumkan mereka tidak lagi menerima pendaftaran baharu untuk menyertai “Creator Revenue Sharing”, dan pada masa yang sama akan menamatkan program berkenaan sepenuhnya pada 7 September 2026 kelak. Untuk mereka yang sedia mendaftar dibawah program ini, anda akan terus menjana pendapatan sehingga 7 September 2026.
Creator Revenue Sharing adalah salah satu program yang disediakan oleh X dalam mengalakkan orang ramai melakukan perkongsian kandungan pada platform tersebut, dan menjana pendapatan berasaskan kepada capaian dan interaksi yang dijana oleh kandungan berkenaan.
Sebagai alternatif untuk program ini, X kini mengumumkan bagi anda yang ingin menjana pendapatan melalui X, boleh melakukan permohonan untuk Original Creator Rewards Program – yang memfokuskan kepada kandungan asli yang diterbitkan di platform tersebut, sekaligus mengelak kandungan yang dikongsikan semula, kandungan yang diadun, kandungan janaan AI dan sebagainya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.