Gemini Kini Mempunyai Lebih 1 Bilion Pengguna Aktif – Produk Google Terpantas Mencapai Angka Tersebut
Aman
Google hari ini berkongsi pencapaian terbaru, menyatakan Gemini kini mempunyai lebih 1 bilion pengguna akitf setiap bulan. Angka ini turut menjadikan Gemini sebagai produk terpantas bawah Google yang mencapai angka berkenaan, dan merupakan produk Google ke-14 dengan angka pengguna lebih 1 bilion pengguna aktif.

Google menyatakan aplikasi Gemini ini digunakan rentas pelbagai pengguna, termasuk pelajar, pemilik perniagaan dan sebagainya – untuk membincangkan sesuatu perkara, mencari idea, dan untuk pelbagai tujuan lain. Pengguna peranti Android juga boleh mengautomasikan tugasan rentas lebih 40 aplikasi terus menggunakan Gemini, sementara lebih 100 juta pengguna menggunakan Gemini melalui macOS.
Google menyatakan mereka kekal dengan sasaran menjadikan Gemini sebagai pembantu AI yang proaktif, berkuasa dan paling diperibadikan untuk setiap pengguna.
Selain Google, baru-baru ini ChatGPT turut telah menyatakan mereka kini mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif menggunakan perkhidmatan berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.