Google Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro XL Dilancarkan Dengan Tensor G6 Serta HiLight – Bermula RM3999
Effi Saharudin
Akhirnya Google Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro XL dilancarkan secara rasmi. Seperti maklumat yang tertiris sebelum ini, ketiga-tiga model mengekalkan rekaan Pixel 10 dengan pengenalan ciri baharu lampu HiLight di belakang yang sebelum ini menerima nama jolokan Pixel Glow.

Kita mulakan dengan Google Pixel 11 yang dilengkapi skrin 6.3″ Actua OLED 120Hz, dijana cip Tensor G6, memori sehingga 16GB, storan sehingga 512GB dan bateri 4985 mAh dengan pengecasan 30W. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 48MP, ultra lebar 13MP dan telefoto 5x 10.8 MP
Sementara itu di hadapan pula sebesar 13MP. Tubuh peranti melepasi piawaian IP68. Peranti ini ditawarkan dalam warna Frost, Pistachio, Hibiscus dan Obsidian. Perbezaan anda model Pixel 11 biasa dan Pixel 11 Pro ialah, ciri HilLight hanya diberikan pada model Pixel 11 Pro sahaja.

Seterusnya Google Pixel 11 Pro dilengkapi skrin 6.3″ Super Actua OLED LTPO 120Hz, dijana cip Tensor G6, memori sehingga 16GB, storan sehingga 512GB dan bateri 4850 mAh dengan pengecasan 30W. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra lebar 48MP dan telefoto 48MP dengan zum 5X. Sementara itu di hadapan pula sebesar 42MP. Tubuh peranti melepasi piawaian IP68.

Google Pixel 11 Pro XL pula dilengkapi skrin 6.8″ Super Actua OLED LTPO 120Hz, dijana cip Tensor G6, memori sehingga 16GB, storan sehingga 1TB dan bateri 5,115 mAh dengan pengecasan 45W. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra lebar 48MP dan telefoto 48MP dengan zum 5X. Sementara itu di hadapan pula sebesar 42MP. Tubuh peranti melepasi piawaian IP68.
Kedua-dua model Pixel 11 Pro ditawarkan dalam warna Canyon, Olive, Fog dan Obsidian.

Ketiga-tiga model Pixel 11 dilancarkan dengan sistem operasi Android 17. Sokongan perisian ialah 7 versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti menerusi Pixel Drop. Lampu HiLight menyala apabila skrin diletakkan ke bawah. Ia boleh menunjukkan notifikasi seperti panggilan telefon dan juga menyala apabila Gemini digunakan.
Di Malaysia, ketiga-tiga model ditawarkan dan sudah boleh dipra-tempah, sebelum dipasarkan secara rasmi pada 20 Ogos 2026. Harga jualan adalah seperti di bawah.
- Google Pixel 11 (12/512GB) – RM 3999
- Google Pixel 11 (12/512GB) – RM 4599
- Google Pixel 11 Pro (12/256GB) – RM 4999
- Google Pixel 11 Pro (16/512GB) – RM 5599
- Google Pixel 11 Pro (16/1000GB) –RM 6799
- Google Pixel 11 Pro XL (16/512GB) – RM 5999
- Google Pixel 11 Pro XL (16/512GB) – RM 6599
- Google Pixel 11 Pro XL (16/1000GB) – RM 7799