Selepas 10 Tahun, Instagram Mengemaskini Kepada Logo Teks Baru
August 14, 2026
Aman
Selepas mengekalkan rekaan logo teks untuk Instagram selama 10 tahun, hari ini Meta memperkenalkan kemaskini untuknya dalam tampak lebih moden dan berbeza berbanding sebelumnya.

Melalui rekaan baharu ini, ia membawakan muka taip yang sedikit berlingkar pada huruf “s”, “g” dan juga “r”. Sementara ada yang menyukainya, terdapat juga beberapa pihak yang mengkritik perubahan ini, selain mengatakan kini tulisan berkenaan hadir sebagai “Instagzam”.
Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda berkenaan dengan perubahan logo teks Instagram ini selepas 10 tahun? Adakah anda menggemarinya?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.