Aplikasi Copilot dan Microsoft 365 Copilot Digabungkan Dengan Logo Baharu
Effi Saharudin
Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Microsoft menggabungkan aplikasi Copilot dan Microsoft 365 Copilot bermula hari ini. Dengan satu aplikasi super, kesemua keperluan Copilot boleh diakses menerusi satu aplikasi sahaja yang akan mengurangkan kekeliruan yang timbul sebelum ini kerana dua aplikasi berbeza.

Dengan aplikasi yang digabungkan, perubahan antaramuka juga diterima bermula denan logo Copilot juga diberikan nafas baharu. Ia kini lebih kemas dengan tiada lagi kesan seakan kaca lutsinar. Walaupun dua aplikasi digabungkan, tidak semua ciri yang ada sebelum ini akan diteruskan.
Ciri Podcasts misalnya tidak lagi diberikan selepas 18 Ogos. Ia menjana podsiar untuk didengari pengguna. Podsiar yang dihasilkan sebelum ini masih boleh diakses. Deep Research juga tidak lagi diberikan kepada pengguna biasa bermula 18 Ogos.
Kemas kini akan diterima hari ini secara berperingkat pada aplikasi web dan peranti mudah alih. Kemudian kemas kini untuk aplikasi Windows dan Mac akan diberikan pula pada bulan September.
Sumber – Microsoft