iPhone Kini Memaparkan Notifikasi Amaran Sekiranya Diserang Perisian Intipan
Telefon pintar di tangan kini bukan sekadar peranti melayari web, menonton video atau mengambil gambar. Pelbagai maklumat peribadi serta perbankan kini disimpan di dalamnya dan sekiranya digodam privasi pengguna akan terjejas. Apple telah mengemaskini sistem amaran sekiranya mengesan iPhone diserang perisian intipan.

Notifikasi amaran akan dipaparkan terus pada skrin kunci dan juga dilihat dalam tetapan Settings iPhone pemilik. Apabila notifikasi ditekan, Apple akan memberikan langkah yang boleh diambil pemilik iPhone untuk memastikan data peribadi tidak diakses oleh penggodam.
Antara yang boleh dilakukan ia mengaktifkan Lockdown Mode yang diperkenalkan empat tahun lalu. Dalam Lockdown Mode beberapa ciri pada peranti akan dikurangkan dan halangan akses yang lebih tinggi dikenakan bagi mengelakkan serangan perisian intipan serta penggodam. Ia diakses menerusi tetapan Privacy & Security dalam peranti.
Serangan penggodam menggunakan perisian hasad semakin meningkat dan maju kehadapan. Perisian seperti Pegasus misalnya digunakan oleh kerajaan untuk mengakses data tanpa kebenaran. Di Malaysia, kes berprofil tinggi melibatkan iPhone milik MB Johor Onn Hafiz pada Mei lalu.