Pengguna Mula Tamatkan Langganan Claude Kerana Ciri Tera-Air Pada Teks
Aman
Anthropic pada minggu lepas telah menyatakan Claude akan mula menyertakan tera-air tersembunyi pada teks janaan perkhidmatan kecerdasan buatan janaan berkenaan – selari dengan permintaan pihak Kesatuan Eropah. Langkah ini juga membawa kepada ketidak selesaan ramai pengguna yang bergantung pada perkhidmatan berkenaan.
Melalui media sosial, ramai pengguna menyatakan tidak menyukai langkah ini, dan telah mula mematikan langganan perkhidmatan Claude.

Tera-air yang disertakan oleh Claude tidak boleh dilihat mata manusia, tetapi boleh dikesan oleh mesin apabila teks disalin, dan kekal walaupun kandungan disunting manusia. Beberapa pengguna menyatakan tidak selesa dengan adanya tanda berkenaan, walaupun selepas sesuatu teks tersebut disunting mereka.
Buat masa ini, ia tidak diketahui seberapa besarkan impak ini terhadap perniagaan Anthropic. Perkara ini juga mungkin membuatkan penyedia lain seperti OpenAI berkira-kira dalam mengimplementasi langkah lebih kurang serupa.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.