Stripe Akan Ambil-Alih OpenRouter Pada Nilai $7 Bilion
Effi Saharudin
Stripe dilaporkan dalam peringkat akhir mengambil OpenRouter yang merupakan laman jual beli model kecerdasan buatan (AI). Menerusi OpenRouter, pelanggan boleh mencari dan membeli model AI yang paling serasi dengan keperluan tugasan mereka.

Sebelum ini OpenRouter berjaya mendapatkan pelaburan $113 juta dengan syarikat dinilaikan sekitar $1.3 bilion. Stripe dipercayai akan mengambil alih OpenRouter pada nilai lebih $7 bilion. Pada ketika ini OpenRouter mempunyai sekitar 8 juta pelanggan dengan ia menawarkan lebih 400 model AI.
Wakil Stripe dan OpenRouter tidak memberikan komen menafikan atau mengesahkan perbincangan ambil alih sedang dilakukan antara kedua-dua syarikat.
Sumber – Bloomberg
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.