YouTube Mengubah Kaedah Pengiraan Angka Tontonan – Mula Kira Dari Detik Pertama
Aman
YouTube pada hari ini mengambil kira angka tontonan apabila seseorang pengguna telah menonton sesuatu video tersebut selama 30 saat. Ini sekaligus memberikan gambaran yang lebih baik berkenaan bagaimana sesuatu video tersebut ditonton, namun, perkara berkenaan akan berubah tidak lama lagi.
Mengikut perkongsian YouTube, berkuat-kuasa 24 Ogos 2026, YouTube akan mengambil kira angka tontonan apabila video mula dimainkan dari detik pertama. Ini sekaligus dijangka membawa kepada lonjakkan angka tontonan pada sesuatu video di YouTube selepas ini.
YouTube menyatakan perubahan ini adalah selari dengan implementasi kaedah pengiraan di YouTube Shorts, selain turut diguna pakai oleh sejumlah perkhidmatan video lain, termasuk TikTok.
Walaubagaimanapun, YouTube menyatakan perubahan pada angka tontonan ini tidak akan memberikan kesan pada pendapatan yang dijana. Hal ini kerana pembayaran pendapatan masih akan berasaskan kepada “Engaged Watch Hours” seperti sebelum ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.