Amazon Didapati Membeli Dan Menghapuskan Buku Langka Dengan Tujuan Melatih AI
Effi Saharudin
Amazon kini didapati membeli sejumlah besar buku-buku langka, dan menggunakannya dalam melatih model AI mereka. Dalam proses berkenaan, buku langka tersebut dihapuskan.

Buku-buku langka yang dibeli dipotong bahagian tepinya, dan seterusnya setiap helaian diimbas, dan teks berkenaan digunakan dalam melatih model AI. Seperti ramai sedia maklum, sejumlah besar buku langka tiada dalam bentuk digital pada masa kini, membuatkan pembangun model kecerdasan buatan menggunakan kaedah untuk mengimbas dan menghapuskan buku tersebut dalam tujuan melatih model mereka.
Amazon sekadar mengatakan mereka membeli buku berkenaan melalui saluran komersil dalam tujuan menambah-baik produk dan perkhidmatan yang digunakan pelanggan mereka.
Pelbagai syarikat AI kini melihat kepada kaedah alternatif untuk mencari bahan bagi tujuan melatih model masing-masing dalam terus pintar dan mempunyai keunikkan tersendiri. Beberapa syarikat sedia melakukan perkara sama, sekaligus membawa kepada kehilangan sejumlah besar buku langka di pasaran hari ini.