Telegram Memohon Untuk Mendapatkan Domain Dengan Akhiran .gram
Aman
Pada hari ini, terdapat pelbagai variasi nama domain dengan akhiran berbeza di pasaran, termasuk seperti .tech, .art, .new, .pizza dan sebagainya. Dalam mendapatkan keunikkan tersendiri, kini pengasas Telegram menyatakan mereka telah melakukan permohonan kepada ICANN dalam mendapatkan nama domain dengan akhiran .gram.
Sekiranya ia diluluskan, Telegram menyasarkan semua pengguna mereka – iaitu satu bilion lebih, akan mempunyai nama domain mereka tersendiri. Ini juga dijangka akan menjadi bukan sahaja identiti, tetapi membolehkan pengguna membuat laman web interaktif tersendiri dan mengehoskan ia melalui Telegram.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapa lamakah proses kelulusan untuk nama domain berkenaan, sebelum ia boleh diintegrasikan oleh Telegram untuk pembangunan seterusnya.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.