Asus Hadir Dengan Peranti Yang Mengubah Sebarang Basikal Menjadi Basikal Elektrik
Aman
Asus kini hadir dengan sebuah peranti khusus untuk basikal dinamakan sebagai Oxiis E250G1 Intelligent Bike Booster. Ia hadir dengan rekaan yang universal dan sesuai dipasang pada mana-mana basikal, sekaligus mengubah sebarang basikal menjadi basikal elektrik.
Peranti ini hadir dengan rekaan mudah dipasang pada basikal, selain bateri modular yang memudahkan pengguna menanggalkannya untuk tujuan pengecasan. Sebuah aplikasi khusus turut disediakan bagi membolehkan pengguna melihat tenaga kapasiti bateri, masa penggunaan, selain mengubah tetapan mod berbasikal.

Ia hadir dengan kuasa motor 250W, dan boleh digunakan untuk perjalanan sejauh 50 kilometer dibawah mod Eco. Peranti ini turut kalis air, dan boleh melakukan penyesuaian bantuan berbasikal secara pintar berasaskan kepada keadaan jalan. Menggunakannya, ia menambah gerakkan pada tayar belakang melalui motor khas, sekaligus memudahkan anda menunggang basikal ke destinasi.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Asus akan pasarkan peranti ini untuk pasaran Malaysia atau tidak.