YouTube Station Diperkenalkan Untuk Penstriman Saluran 24 Jam
Effi Saharudin
YouTube memperkenalkan ciri baharu Station ke seluruh dunia dengan ia membenarkan pemilik saluran membuka stesen khusus untuk kandungan mereka sahaja yang distrim tanpa henti selama 24 jam. Dengan Station, penonton menikmati YouTube seperti menonton saluran TV biasa tanpa perlu secara aktif memilih kandungan yang ingin ditonton.

Ciri ini sudah diuji selama beberapa bulan dengan ia diberikan kepada beberapa saluran muzik serta kandungan TV. Menerusi Station, artis boleh memainkan video muzik mereka tanpa henti seperti era MTV. Untuk rancangan bersiri pula, episod boleh ditonton berturutan.
Pada ketika ini ciri Station diberikan kepada semua pengguna dunia kecuali di negara Portugal, Switzerland danTurkiye. Bagi pemilik saluran, ciri ini akan diberikan secara berperingkat dalam bulan-bulan mendatang.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.