Cip Apple M6 Dilancarkan Dengan Teknologi 2nm
Effi Saharudin
Cip Apple M6 dilancarkan semalam dengan ia adalah cip pertama Apple dihasilkan menggunakan teknologi 2nm. Dengan teknologi ini, lebih banyak transistor boleh digunakan yang meningkatkan prestasi tetapi pada waktu yang sama meningkatkan juga kecekapan penggunaan tenaga.

Apple M6 ialah cip yang dilengkapi 12 teras CPU terdiri daripada 2 CPU super, 4 CPU untuk prestasi dan 2 CPU Untuk kecekapan. Ini adalah dua teras lebih banyak berbanding cip Apple M5. Ini dipadankan pula dengan GPU juga 12 teras sekali lagu 2 teras lebih banyak berbanding GPU M5. Menurut Apple, GPU pada M6 adalah sehingga 30% lebih berkuasa berbanding M5 dan lebih 8 kali ganda lebih berkuasa berbanding M1.
Turut disertakan ialah dua Neural Engine 16 teras yang menggandakan kemampuan pemprosesan kecerdasan buatan (AI). Kerangka sistem membolehkan kedua-dua Neural Engine digunakan serentak bagi meningkatkan kemampuan AI. Selain itu M5 juga menyokong memori sehingga 32GB dan ia akan digunakan pada Mac Mini baharu yang dilancarkan juga semalam.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.