Sistem 2FA WhatsApp Dipertingkatkan Dengan Sokongan Kata Laluan Yang Lebih Kompleks
August 26, 2026
Sistem pengesahan dwi-faktor menyukarkan penggodam mencuri akaun WhatsApp anda. Sebelum ini sistem pin yang diperkenalkan WhatsApp hanya menyokong pin enam angka. Pagi ini WhatsApp mengumumkan ciri keselamatan dipertingkatkan lagi dengan sokongan kata laluan mengandungi angka dan aksara.

Sistem alfaneumerik ini juga menyokong aksara khas seperti @, ! dan $ dalam kata laluan. Ia juga tidak lagi terhad kepada 6 nombor sahaja yang menyukarkan lagi untuk kata laluan WhatsApp diteka oleh penggodam. Ciri ini sudah boleh digunakan semua pengguna global.
Ia boleh diubah pada peranti Android dan iO menerusi menu Tetapan > Akaun > Kunci laluan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.