Google Wajibkan Migrasi Aplikasi Ke Peranti Android Baharu Tanpa Perlu Log Masuk Semula
Ciri pada iOS yang saya rasakan mantap tetapi jarang dibincangkan ialah semua maklumat log masuk dan data aplikasi dipindahkan ke iPhone baharu semasa proses migrasi. Aplikasi kemudian boleh digunakan pada iPhone baharu tanpa melakukan proses log masuk semula secara satu persatu. Hari ini, Google mula mewajibkan sokongan ciri sama pada aplikasi Android menjadi April 2027.

Ciri Zero Tap Sign-In ini akan diwajibkan pada semua aplikasi Android kecuali pada permua menjelang tarikh di atas. Pembangun boleh menggunakan API Android Restore Credentials yang telah diperkenalkan.
Permua dikecualikan pada waktu ini sementara Google mencari penyelesaian kepada ciri log masuk permua yang lebih kompleks berbanding aplikasi biasa. Tetapi pembangun permua digalakkan menyokong Zero Tap Sign-In sekiranya ia sudah boleh diintegrasikan ke dalam aplikasi sedia ada.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.