Gemini Omni 1.1 Flash Dengan Janaan Video Tahap Studio Sehingga 4K Dilancarkan
Effi Saharudin
Google melancarkan Gemini Omni 1.1 Flash, model kecerdasan buatan (AI) generatif terkini yang menurut mereka boleh menjana video tahap studio sehingga resolusi 4K. Selain itu ia menyokong ciri menyambung adegan sehingga 40 saat sekiranya babak lebih panjang diperlukan.
Selain itu terdapat kawalan untuk bingkai permulaan dan akhir supaya transisi kamera yang lebih lancar boleh dilakukan. Turut diberikan ialah ia boleh menjana draf video pada resolusi 360p dengan 1/3 kos berbanding 720p sebelum ini. Dengan ini eksperimentasi boleh dilakukan sebelum video akhir dijana pada resolusi lebih tinggi. Video turut boleh dijana menggunakan video rujukan sepanjang 3 saat. Khidmat menaik taraf resolusi video sehingga 4K juga boleh dilakukan oleh Gemini Omni 1.1 Flash.
Gemini Omni 1.1 Flash boleh digunakan di Google AI Studio, Gemini Enterprise Agent Platform, dan untuk semua pelanggan Google AI Plus, Pro, Ultra di Google Flow dan Gemini app. Selain itu ia turut boleh diakses menerusi Adobe Firefly, Figma Weave, GMI Cloud dan Runway,
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.