Kehadiran Honor X9e Pro 5G Mula Diperlihatkan
Amy Maizuraa
Honor kini rancak mempromosikan model baharu mereka dengan fokus terhadap ketahanan lasak. Hal ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna kerana pendekatan tersebut lazimnya dikaitkan dengan siri X yang sinonim dengan ciri tahan lasak.

Jangkaan itu ternyata benar apabila pada acara perbarisan Hari Kemerdekaan sebentar tadi, robot humanoid milik Honor yang menyertai kontinjen dilihat memegang sebuah peranti misteri. Peranti tersebut kemudian disahkan oleh Honor sebagai model baharu dalam siri X dan nama Honor X9e Pro 5G turut terpampang jelas pada robot berkenaan. Hal ini sekali gus menandakan kemunculan rasmi ahli terbaru dalam keluarga siri X.

Peranti tersebut nampaknya masih mengekalkan DNA rekaan beberapa generasi sebelum ini. Misalnya ia hadir dengan bonggol kamera bulat di bahagian belakang dan bingkai berkilat yang melengkapkan tubuh berkotak dengan sisi melengkung. Peranti ini turut ditawarkan dalam pilihan warna ungu serta dilengkapi sistem kamera utama sebesar 108MP.

Buat masa ini, spesifikasi penuh serta tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan. Honor hanya memberi bayangan awal dengan maklumat lanjut dijangka hadir melalui kemas kini seterusnya