U Mobile Kini Menawarkan Ultra Home 5G Pro Pada Harga RM98 Sebulan – Kelajuan Sehingga 2Gbps, WiFi 7
Aman
U Mobile kini mengumumkan kemaskini kepada penawaran perkhidmatan 5G broadband bagi pengguna persendirian, dinamakan ULTRA Home 5G Pro. Melaluinya, U Mobile memasarkan ia menawarkan kealjuan sehingga 2Gbps, selain turut menawarkan sokongan rangkaian generasi baharu termasuk 8×8 MIMO 5G-A Broadband, dan juga penghala WiFi 7 5G-A.
U Mobile mengatakan pelan ini sesuai kepada pengguna tegar internet, terutamanya yang inginkan internet laju untuk permainan atas-talian, disamping untuk perkongsian pelbagai peranti dalam rumah. Pelan ini tidak menyokong trafik P2P.

Pelan ini juga hadir dengan penggunaan data FUP pada 2TB, dan ditawarkan pada harga langganan RM98 sebulan. U Mobile turut menawarkan variasi dengan tambahan akses kepada Sooka Premium pada harga langganan RM128 sebulan. Buat masa ini, pelan ini ditawarkan di Semenanjung Malaysia sahaja.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.