Redmi Note 17 Pro Dan Pro Max Rasmi Di Malaysia – Harga Serendah RM1199
Selepas pelancaran global tempoh hari, siri Redmi Note 17 Pro kini rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Redmi Note 17 Pro Max 5G dan Redmi Note 17 Pro 5G. Kedua-duanya hadir dengan spesifikasi berbeza bagi memenuhi keperluan segmen pengguna yang berbeza.

Redmi Note 17 Pro Max 5G hadir dengan skrin AMOLED 6.83 inci beresolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3,500 nits. Paparan ini turut menerima pengesahan TÜV Rheinland bagi mod cahaya biru rendah serta bebas kerlipan, menjadikannya lebih selesa untuk tontonan jangka panjang.


Peranti ini dipadankan dengan cip Snapdragon 6 Gen 5 bersama memori 8GB RAM serta storan dalaman sehingga 512GB. Sistem kamera pula menggunakan kombinasi sensor utama 50MP, ultra lebar 8MP dan swafoto 32MP. Gabungan ini sesuai digunakan dalam pelbagai situasi termasuklah landskap, berkumpulan dan swafoto berkualiti tinggi.


Kemampuan bateri menjadi tarikan utama dengan kapasiti sebesar 10,000mAh berasaskan teknologi silikon karbon yang diiklankan mampu bertahan sehingga tiga hari penggunaan. Ia turut menyokong pengecasan pantas 100W, membolehkan bateri dicas semula dalam masa kira-kira 20 minit untuk kegunaan sepanjang hari.

Melengkapi peranti juga adalah sistem operasi HyperOS 3 yang menawarkan pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI). Antara ciri yang tersedia termasuk penulisan automatik, terjemahan, pengecaman suara dan pembantu kreativiti untuk memudahkan tugasan harian. Selain itu, Xiaomi turut menjanjikan empat tahun naik taraf sistem operasi serta enam tahun kemas kini keselamatan.

Redmi Note 17 Pro 5G hadir dengan skrin AMOLED 6.83 inci beresolusi 1.5K, serta kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip Snapdragon 6s Gen 4 yang digandingkan bersama memori 8GB RAM serta storan sehingga 512GB. Sistem kamera pula menggabungkan sensor utama 50MP dan ultra lebar 8MP, manakala kamera swafoto beresolusi 16MP sesuai digunakan dalam pelbagai situasi rakaman.


Bateri berkapasiti 8,340mAh menjadi tarikan utama Redmi Note 17 Pro 5G kerana ia menyokong pengecasan pantas 67W serta berbalik 22.5W. Melengkapi peranti ini adalah sistem audio stereo Dolby Atmos, Bluetooth 5.1 dan pengimbas cap jari dalam skrin yang menambah nilai kepada pengalaman penggunaan harian.


Harga rasmi Redmi Note 17 Pro Max 5G dan Redmi Note 17 Pro 5G di Malaysia adalah seperti di bawah.
| Harga | Harga Promosi | |
| Redmi Note 17 Pro Max 5G (8/256GB) | RM1,999 | RM1,699 |
| Redmi Note 17 Pro Max 5G (8/512GB) | RM2,299 | RM1,999 |
| Harga | Harga Promosi | |
| Redmi Note 17 Pro 5G (6/128GB) | RM1,399 | RM1,199 |
| Redmi Note 17 Pro 5G (8/256GB) | RM1,599 | RM1,399 |
| Redmi Note 17 Pro 5G (6/128GB) | RM1,899 | RM1,699 |