Redmi Note 17 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM749
Redmi turut mengumumkan pelancaran siri Redmi Note 17 di Malaysia sekali gus melengkapi barisan model Pro dengan pilihan spesifikasi lebih pelbagai. Peranti ini hadir dalam dua versi iaitu 5G dan 4G dengan perbezaan utama pada cip pemproses. Model 5G menggunakan Snapdragon 4 Gen 4 manakala versi 4G dilengkapi Snapdragon 6s Gen 2.

Redmi Note 17 dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.99″ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dipadankan dengan memori 8GB RAM serta storan dalaman sehingga 512GB. Ia turut menggunakan sistem operasi HyperOS 3 yang menyokong fungsi kecerdasan buatan (AI) seperti AI Creative Assistant, AI Eraser Pro, AI Sky dan AI Image Expansion.


Peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 7,700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W serta berbalik 22.5W. Ia turut menawarkan kamera utama 50MP bersama swafoto 16MP bagi memenuhi keperluan fotografi harian pengguna. Antara spesifikasi lain termasuk sensor cap jari dalam skrin, sokongan NFC dan ketahanan IP65.


| Model | Harga Asal | Harga Promosi |
| Redmi Note 17 5G (6/128GB) | RM 1,099 | RM 999 |
| Redmi Note 17 5G (8/256GB) | RM 1,299 | RM 1,199 |
| Redmi Note 17 (4/128GB) | RM 849 | RM 749 |