Anthropic Perkenal Kemaskini Untuk Model Claude Fable Melalui Fable 5.1
Aman
Anthropic hari ini memperkenalkan kemaskini untuk model Fable mereka, iaitu Fable 5.1. Seperti sebelumnya, penggunaan model ini hadir dengan berasaskan kepada kredit, dan tidak disertakan pada langganan bulanan.

Fable 5.1 ditambah-baik untuk tujuan pengaturcaraan, penaakulan, serta untuk tugasan yang sukar. Anthropic menyatakan Fable 5.1 menawarkan prestasi yang lebih tinggi, dan boleh mencapai hasil seperti Fable 5 pada kos yang lebih rendah.
Bersama-sama pengenalan model ini, Anthropic turut memperkenalkan Mythos 5.1, tetapi ia tidak ditawarkan meluas kepada semua, dan hanya untuk pengguna terpilih sahaja buat masa ini – disebabkan faktor sekuriti. Model ini lebih memfokuskan kepada keselamatan siber dan juga bagi tujuan kajian sains hayat.
Bagi anda yang menggunakan Claude, sudah boleh mencuba Fable 5.1 di Claude hari ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.