Norway Pertimbang Haramkan Cermin Mata Berkamera
Effi Saharudin
Pengenalan cermin mata pintar moden seperti Ray-Ban Meta mewujudkan persoalan mengenai privasi apabila orang ramai dirakam tanpa kebenaran. Di Amerika Syarikat, cermin mata pintar kini menerima nama jolok “cermin mata gatal” kerana digunakan individu merakam wanita secara rahsia.

Norway kini sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan cermin mata berkamera dan juga sebarang peranti boleh-pakai berkamera kerana ia menimbulkan isu pelanggaran privasi. Ia boleh menyebabkan pemantauan ke atas individu dilakukan menerusi perisian pengecaman wajah.
Antara langkah yang diambil ialah mengharamkan perisian pengecaman wajah digunakan apabila di kawasan awam serta mengetatkan undang-undang penggunaan cermin mata pintar dengan kamera. Buat masa ini kerajaan Norway masih di awal fasa pertimbangan dengan ia sebuah kumpulan penasihat akan dilantik sebelum undang-undang digubal.
Sumber – Techcrunch
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.