Jepun Bangunkan Aplikasi GPS Menjejak Warga Berada Di Luar Negara
Effi Saharudin
Tragedi banjir kilat di Nepal minggu lalu menyebabkan 1,252 kematian dan 4,875 pula masih dilaporkan hilang. Jalan raya serta sistem komunikasi musnah sepanjang laluan air lebih 100 kilometer dengan setakat ini 55 rakyat Malaysia antara yang masih gagal dikesan. Jepun minggu ini mengumumkan pembangunan aplikasi telefon pintar khusus untuk mengesan warga yang berasa di luar negara.

Aplikasi dibangunkan khusus untuk mengesan lokasi rakyat di luar negara sepanjang masa menggunakan GPS. Dalam situasi bencana alam atau berlakunya peperangan di luar negara, kedutaan Jepun boleh mengesan lokasi warga degan pantas. Selama ini kedutaan perlu melakukan panggilan telefon untuk mengetahui lokasi mereka secara manual.
Aplikasi dijangka akan dilancarkan pada tahun 2027. Lokasi warga di luar negara hanya akan dijejak oleh aplikasi dan kedutaan selepas mendapat kebenaran oleh pengguna.
Sumber – Japan Times
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.