Rasmi : NVIDIA Ambil-Alih Hugging Face Pada Nilai $12.9 Bilion
NVIDIA hari ini secara rasminya mengumumkan mereka telah bersetuju untuk mengambil-alih Hugging Face pada nilai $12.9 bilion, sekaligus mempelbagaikan lagi portfolio NVIDIA dalam arena kecerdasan buatan. Hugging Face dijangka akan terus beroperasi speerti biasa dan kekal platform terbuka untuk menyokong ekosistem AI keseluruhan.

Hugging Face pada hari ini sedia popular untuk perkongsian pelbagai dataset dan juga model kecerdasan buatan terbuka melaluinya. NVIDIA menyatakan mereka akan terus memperkukuhkan infrastruktur Hugging Face, dan memperluaskan lagi aksesnya kepada para pembangun dan institusi seluruh dunia. NVIDIA sendiri sedia menjadi antara penyumbang kod dan dataset terbesar pada platform berkenaan.
NVIDIA sebelum ini turut telah mengambil-alih pembangun cip Groq pada nilai $20 bilion, dan pengambil-alihan Hugging Face ini menjadikan ia pembelian kedua terbesar NVIDIA buat masa ini. Selain pengambil-alihan, NVIDIA juga sedia melabur pada sejumlah syarikat seluruh dunia dalam pembangunan kecerdasan buatan – sekaligus membolehkan syarikat-syarikat berkenaan melabur dan membina di atas infrastruktur NVIDIA tersendiri.