Konsol Sony PlayStation Kini Ditawarkan Dalam Versi Lego
Effi Saharudin
Konsol Sony PlayStation kini ditawarkan dalam versi Lego sempena ulang tahun ke-30 PlayStation. Ia ditawarkan dalam saiz 1:1 konsol asal dan mengandungi 1911 kepingan Lego. Selain konsol, ia turut hadir dengan satu alat kawalan PlayStation asal.

Alat kawalan ini boleh ditanggalkan dan selain itu butang kuasa dan membuka penutup cakera turut boleh ditekan. Apabila bahagian penutup dibuka, sebuah diorama boleh dipamerkan. Lego menawarkan dua diorama untuk permainan Ape Ecape dan Gran Turismo dalam setiap set. Apabila tidak dipamerkan, diorama disimpan pada sisi kiri dan kanan konsol.

Set Lego PlayStation ini akan mula dijual oleh Sony dan Lego kepada pembeli terpilih bermula 1 Oktober 2026. Kemudian jualan terbuka dilakukan bermula 4 Oktober. Setiap set dijual pada harga $179.99 (~RM727) sebuah.
