Australia Ingin Perkenal RUU Penggunaan Media Sosial Tanpa Saranan Algoritma
Effi Saharudin
Di zaman permulaan media sosial, kandungan daripada kawan yang dipaparkan mengikut kronologi dipaparkan di susur masa. Dengan evolusi dan keperluan pengiklanan, algoritma mula diperkenalkan dengan saranan kandungan diberikan berdasarkan tabiat pengguna yang terdahulu. Di Australia sebuah rang undang-undang baharu ingin digubal dengan ia memberikan pilihan kepada pengguna media sosial untuk tidak disajikan kandungan saranan algoritma.

Ini adalah antara kandungan RUU yang akan meletakkan tanggungjawab memastikan kandungan digital yang dipaparkan kepada orang ramai adalah baik untuk mereka. Pengguna media sosial perlu diberikan pilihan untuk mematikan saranan algoritma sekiranya tidak memerlukannya. Dengan pilihan yang diberikan, risiko dipaparkan kandungan yang tidak sesuai boleh dikurangkan.
Australia ialah negara yang mempelopori RUU yang menyekang penggunaan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun pada 2025. Ia menjadi templat yang kemudiannya diikuti oleh Malaysia dan beberapa negara lain.
Pilihan mematikan saranan algoritma dan susur masa secara kronologi sudah beberapa kali dijanjikan oleh Instagram tetapi belum diaktifkan kepada semua. Sementara itu TikTok sudah lama menawarkan ciri menetapkan semula algoritma For You sekiranya dirasakan tidak lagi sesuai.
Sumber – The Conversation