Realme 16 Pro 5G Bakal Hadir Dengan Edisi Khas Harry Potter
Kerjasama Realme kali ini membawa sesuatu yang istimewa buat peminat siri filem Harry Potter. Jenama teknologi tersebut berganding dengan Warner Bros. Discovery Global Consumer Products bagi memperkenalkan Realme 16 Pro 5G Harry Potter Edition. Inisiatif ini bukan sekadar edisi khas, sebaliknya mencerminkan strategi Realme untuk menguatkan kedudukan jenama di pasaran global.

Berdasarkan pratonton awal, edisi terhad ini hadir dengan rekaan bertema Hogwarts lengkap dengan jata rasmi serta elemen dunia sihir yang ikonik. Ia dijangka menawarkan pengalaman antara muka yang disesuaikan khusus untuk peminat setia siri filem Harry Potter. Pendekatan ini selari dengan strategi Realme yang sebelum ini memperkenalkan edisi terhad bertema khas bagi menarik minat pengguna
Bagaimanapun, harga rasmi bagi pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Pelancaran ini turut menandakan kerjasama kedua Realme bersama Warner Bros. Discovery selepas memperkenalkan Realme 15 Pro 5G Game of Thrones Limited Edition di Malaysia pada Oktober 2025 dengan harga RM2,499.