Apple Lancar iPhone 18 Pro Dan iPhone 18 Pro Max – Dikuasakan Cip A20 Pro, Harga Bermula RM5,499
Aman
Apple hari ini secara rasminya memperkenalkan dua telefon pintar mercu terbaru mereka dibawah siri keluarga iPhone Pro, iaitu iPhone 18 Pro dan juga iPhone 18 Pro Max. Kedua-duanya hadir dengan rekaan lebih kurang sama seperti model siri iPhone 17 Pro sebelum ini, tetapi hadir dengan kemaskini spesifikasi dan dalamannya.

Menguasakan kedua-dua model mercu tahun 2026 ini adalah cip Apple A20 Pro, yang dibina berasaskan senibina 2-nanometer, dan mengabungkan 2 teras prestasi bersama 4 teras efisien. Cip ini juga turut menawarkan sokongan prestasi grafik yang ditambah baik, selain untuk perkomputeran melalui penaik-tarafan teras Neural Engine. Apple turut melengkapkan ia dengan sokongan kebuk wasap baharu yang membolehkan prestasi berpanjangan ketika menggunakan iPhone 18 Pro atau iPhone 18 Pro Max. iPhone 18 Pro Max hadir dengan skrin 6.9-inci, sementara iPhone 18 Pro dengan skrin 6.3-inci.
Selain prestasi, bateri turut diberikan perhatian. Ia menawarkan masa penggunaan bateri lebih kurang seperti model tahun lepas, tetapi kini ia hadir dengan sokongan pengecasan lebih pantas, membolehkan bateri dicas sehingga 50% dalam masa hanya 15 minit.

Pada bahagian kamera, Apple menggunakan kamera utama 48-megapixel di belakang, dan turut hadir dengan sejumlah kawalan Pro. Kemaskini tahun ini turut menyaksikan penambah-baikkan pada rakaman gambar malam.
Bahagian takuk di skrin atau Dynamic Island pada iPhone 18 Pro juga dikemaskini. Kini, saiznya lebih kecil, sekaligus memberikan ruangan lebih luas kepada skrin, dan memuatkan sehingga tiga aktiviti masa-nyata pada sesuatu masa.
Melengkapkan penawaran siri iPhone 18 Pro ini adalah sistem operasi generasi terbaru, iOS 27. Ia hadir dengan sejumlah penambah-baikkan, dan menjadi fokus utama adalah Siri yang kini hadir dengan sokongan kecerdasan buatan, menjadikan ia beroperasi lebih pintar berbanding sebelum ini.

Pengguna Malaysia yang berminat, boleh lakukan pra-tempahan untuk iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bermula 12 September, dan mula menerimanya bermula 18 September. Ia ditawarkan dalam warna Burgundy, Silver, Black dan Glacier.
- Apple iPhone 18 Pro (12/256GB) – RM 5,499
- Apple iPhone 18 Pro (12/512GB) – RM 6,499
- Apple iPhone 18 Pro (12/1000GB) – RM 8,499
- Apple iPhone 18 Pro (12/2000GB) – RM 11,499
- Apple iPhone 18 Pro Max (12/256GB) – RM 5,999
- Apple iPhone 18 Pro Max (12/512GB) – RM 6,999
- Apple iPhone 18 Pro Max (12/1000GB) – RM 8,999
- Apple iPhone 18 Pro Max (12/2000GB) – RM 11,999