Apple iPhone Duo Dilancarkan – Telefon Boleh-Lipat Pertama Oleh Apple, Harga Bermula RM9,499 Dan Mencapai RM15,499
Aman
Bersama-sama pengenalan siri telefon pintar iPhone 18 Pro dan juga iPhone 18 Pro Max, pihak Apple hari ini turut secara rasminya memperkenalkan telefon boleh-lipat pertama mereka, dinamakan sebagai iPhone Duo.

Apple iPhone Duo hadir dengan skrin luaran bersaiz 5.4-inci, dan menjadi 7.6-inci apabila dibuka. Menguasakan peranti ini adalah cip A20 Pro seperti pada siri iPhone 18 Pro. Telefon boleh-lipat Apple ini menggunakan sokongan Touch ID pada bahagian butang tepi peranti, dan tiada Face ID. Apple mengatakan telefon pintar ini sebagai iPhone paling bersaiz besar, dan pada masa yang sama juga menjadi iPhone paling nipis setakat ini.

Apple mengatakan kelak pada tahun ini, iPhone Duo turut akan menyokong Apple Pencil dengan USB-C, sekaligus memudahkan pengguna melakukan catatan menggunakan iPhone Duo. Apple mengatakan ia hadir dengan binaan kukuh, disokong dengan bahan titanium tahap 5. Telefon boleh-lipat ini juga hadir dengan sokongan kalis air dan debu IP68.
Untuk rakaman gambar, Apple menggunakan dwi-kamera belakang 48-megapixel, memberikan kualiti rakaman yang baik menggunakannya, serta menyokong rakaman video 4K120fps.

Seperti iPhone 18 Pro, ia turut hadir dengan sistem operasi iOS 27, dan akses kepada Siri AI. Apple turut menyatakan sejumlah aplikasi telah dioptimasikan dan menyokong skrin boleh-lipat iPhone Duo, sekaligus memberikan pengalaman serba baru kepada pengguna. Telefon boleh-lipat Apple juga menggunakan sokongan eSIM sahaja, dan tiada ruangan untuk kad SIM fizikal.

Di Malaysia, ia boleh di pra-tempah bermula 16 Oktober 2026, dan dipasarkan bermula 23 Oktober 2026 dalam warna Star White serta Night Sky.
- Apple iPhone Duo (12/256GB) – RM 9,499
- Apple iPhone Duo (12/512GB) – RM 10,499
- Apple iPhone Duo (12/1000GB) – RM 12,499
- Apple iPhone Duo (12/2000GB) – RM 15,499