Apple Mungkin Mengembangkan Siri iPhone Duo Dengan iPhone Duo Max dan Duo SE
Aman
Apple pada minggu lepas secara rasminya telah memperkenalkan telefon boleh-lipat pertama mereka, dinamakan iPhone Duo. Pengenalan peranti berkenaan sedia menerima reaksi positif para pengguna seluruh dunia, dari segi rekaan dan juga implementasi antaramuka untuk peranti boleh-lipat tersebut.

Menurut Bloomberg, Apple dijangka akan terus memfokuskan kepada siri telefon boleh-lipat ini, dan mungkin kelak kita akan melihat lebih ramai menggunakan telefon boleh-lipat berbanding telefon biasa. Hal ini kerana skrin besarnya yang membolehkan lebih banyak tugasan dapat dilakukan menggunakan telefon berkenaan.
Pada hari ini, harga jualannya masih tinggi bermula sekitar RM10,000. Namun, mungkin dengan perkembangan teknologi, harganya mungkin sedikit berkurangan. Tidak setakat itu, seperti Samsung yang mempunyai sejumlah variasi penawaran telefon boleh-lipat berbeza, Apple juga dijangka melakukan perkara sama melalui siri iPhone Duo.

Ia dijangka kelak Apple akan memperkenalkan iPhone Duo Max dengan skrin besar, atau iPhone Duo SE dengan harga lebih kompetitif, atau penggunaan nama lain untuk variasi peranti. Apa pun, ia tidak diketahui ia akan mengambil masa berapa tahun sebelum siri baru ini diperkenalkan. Beberapa penganalisa menyasarkan Apple mungkin menerajui arena telefon boleh-lipat dari segi pegangan pasaran dalam masa terdekat ini. Pasaran berkenaan kini sedang diterajui oleh Samsung.