Cip MediaTek Dimensity 9600 Pro Dilancarkan Dengan Binaan 2nm
Amy Maizuraa
Cip MediaTek Dimensity 9600 Pro diperkenalkan dengan teknologi 2nm TSMC. Ia hadir dengan reka bentuk CPU 2+3+3 All Big Core yang menggabungkan 2x C2-Ultra sehingga 4.55GHz, 3x C2-Pro pada 4.35GHz dan 3x C2-Pro pada 3.1GHz. Hasilnya, prestasi teras tunggal meningkat 17% dan pelbagai teras 15% sambil menjimatkan kuasa sehingga 61% berbanding generasi sebelumnya.

Seterusnya, Dimensity Scheduling Engine bantu mengawal penggunaan kuasa dan memori supaya prestasi kekal lancar, manakala sokongan LPDDR6 dan UFS 5.0 memastikan kelajuan baca‑tulis lebih pantas. GPU G2‑Ultra NX pula menawarkan peningkatan prestasi 27%, penjimatan tenaga 24% serta RayTracing 18% lebih pantas. Dengan ediaTek HyperEngine, permainan boleh mencecah sehingga 185fps untuk pengalaman gaming yang lancar.

Dimensity 9600 Pro juga dilengkapi dua unit NPU iaitu MediaTek generasi ke‑10 Super Performance NPU dan eNPU 2.0. Gabungan ini bantu meningkatkan prestasi sehingga 51% sambil menjimatkan tenaga sehingga 40%. Dengan sokongan AI canggih, cip ini mampu mengendalikan model berskala besar sehingga 30 bilion parameter sekali gus membolehkan analisis lebih tepat.

Dimensity 9600 Pro turut dilengkapi ISP Imagiq 1290 dengan AI Imaging Fusion Architecture untuk menghasilkan imej yang lebih seimbang. Ia menyokong rakaman 4K240 Ultra‑Slow‑Motion, 4K60 dengan AI True Color Tone serta 4K120 Cinematic Log bagi video sinematik. Dengan 17EV Dynamic Range, gambar dan video dapat dirakam dengan kualiti tinggi dan butiran terperinci walaupun dalam keadaan pencahayaan mencabar.
Telefon pertama dengan cip Dimensity 9600 Pro dijangka hadir sekitar suku ketiga 2026.